Davey Malaysia / Halaman Utama / Pam Air / Pam Air Inverter Davey DynaDrive



Pam Air Inverter Davey DynaDrive
Ciri-ciri utama:
- Jenis pam inverter (pemacu frekuensi pemboleh ubah).
- Sesuai untuk perumahan yang lebih besar (3-7 kepala pancuran dengan 5-10 paip).
- Untuk mandi, paip air & kegunaan taman.
- Waranti 24 bulan untuk pam, motor & pengawal.
(24 + 6 bulan tambahan dengan skim e-Waranti) - Tetapan tekanan boleh laras berdasarkan penggunaan.
- Pam air yang menjimatkan tenaga (air & elektrik) melebihi 50%.
Semua Versi Pam Air Inverter Davey DynaDrive
Gambaran Keseluruhan Pam Air Inverter DynaDrive Davey
Dari segi nilai berbanding harga, DynaDrive merupakan pam air yang paling serba boleh yang pernah diciptakan oleh Davey setakat ini. Ia direka sebagai pam elektrik inverter kompak jenis semua-dalam-satu yang mampu memberikan aliran air harian yang konsisten. Pemacu kelajuan automatik akan berubah mengikut tahap penggunaan air, membolehkan DynaDrive beroperasi dengan cekap dari segi reka bentuk, menjimatkan penggunaan air serta tenaga elektrik, di samping mengekalkan operasi yang senyap.
Selain itu, bagi memastikan prestasi yang kukuh dalam kitaran penggunaan berubah-ubah (serta operasi jangka panjang), pam DynaDrive dibina menggunkan komponen hidraulik daripada keluli tahan karat sepenuhnya bagi mengelakkan pembentukan karat.
Pam air inverter arus DynaDrive keluaran Davey dikategorikan secara dalaman sebagai “STAR” (Sistem Tekanan Air Rumah), iaitu satu pengelasan yang menggambarkan kesesuaian motor pam ini untuk kegunaan isi rumah dalam pelbagai saiz.
Dua Variasi Pam Air DynaDrive Diperkenalkan
| Model Pam Air: | DynaDrive 5 Stage | DynaDrive 6 Stage |
| SKU | DD60-10 | DD90-11 |
Perbezaan utama yang membezakan jenis pam air DynaDrive keluaran Davey terletak pada tahap ketegaran dan bilangan impeller yang digunakan, iaitu sama ada lima atau enam peringkat. Bilangan ini merujuk secara dalaman kepada kewujudan lima atau enam impeller di dalam pam, di mana setiap penambahan impeller akan menghasilkan kadar aliran dan tekanan air yang lebih kuat.
Prestasi antara kedua-dua model pam air ini turut berbeza dan perbezaan tersebut diterangkan secara terperinci serta disusun dalam bentuk jadual bagi memudahkan perbandingan.
Kaedah Pengenal Pastian Pam Air Inverter
Satu kaedah pengenalpastian digunakan untuk mengenal pasti pam air inverter DynaDrive keluaran Davey, dan kaedah ini berfungsi bagi menentukan mana-mana model yang ditawarkan. Pengenalpastian bermula melalui:
1) Paparan dua huruf bagi pam elektrik DynaDrive, iaitu “DD”.
2) Dikuti dengan kadar aliran isi padu dalam unit liter seminit (L/min).
3) Seterusnya ialah kuasa keluaran pam inverter tersebut dalam unit kilowatt (kW).Berdasarkan imej sebagai contoh, pam DynaDrive yang ditunjukkan ialah DD60-10. Siri pam inverter ini menghasilkan kadar aliran sebanyak 60 liter seminit dan menggunakan kuasa sehingga 1 kilowatt pada tahap output tersebut. Ini menandakan kelebihan dari segi kelestarian alam sekitar, di mana pengguna masih dapat menikmati aliran air yang kuat tanpa penggunaan tenaga yang berlebihan.
Dalam setiap cawangan dan infrastruktur yang dibangunkan oleh Davey Water Products, pengecam unik ini kekal digunakan dari peringkat awal hingga akhir sebagai nombor rujukan utama. Ia memastikan pesanan dipenuhi dengan tepat serta membolehkan pam inverter DynaDrive yang telah digunakan selama bertahun-tahun dihantar semula untuk tujuan pemeriksaan dan pembaikan.
Perlu juga dinyatakan bahawa semua kod pengenalpastian produk tidak akan diubah pada bila-bila masa. Pendekatan ini mencerminkan budaya pembuatan Davey yang bersepadu, menjadikan pam air keluarannya mudah dikenali tanpa mengira tempoh atau usia penggunaan.
Lampiran

8 Liter Tangki Tekanan
Sistem tekanan malar bagi pam elektrik DynaDrive keluaran Davey dicapai melalui penyelenggaraan aras tekanan menggunakan tangki air, di mana mekanisme simpanan ini mampu menyimpan sehingga 8 liter (270.512 fl oz ) air. Apabila paip air dibuka atau tandas digunakan untuk siraman, air bertekanan yang tersimpan di dalam tangki akan mengalir keluar bagi mengekalkan tekanan air yang konsisten, sekali gus mengelakkan kejatuhan tekanan secara mendadak.
Penghapusan kitaran hidup-mati pam: Tanpa penggunaan tangki tekanan, pam air akan mengalami kehausan yang ketara akibat kekerapan kitaran hidup dan mati (start-stop) semasa penggunaan harian. Dengan adanya tangki tekanan, satu keadaan penampan DynaDrive mengurangkan keperluan untuk kerap dihidupkan dan dimatikan sepanjang hari.
Penjimatan tenaga: Penjimatan tenaga dicapai melalui pengurangan kekerapan pengaktifan pam air DynaDrive, sekali gus meminimumkan penggunaan arus elektrik yang tidak perlu. Dengan bilangan kitaran hidup-mati yang lebih rendah, keseluruhan sistem bekalan air menjadi lebih cekap dan menjimatkan tenaga semasa beroperasi.
Persijilan Yang Dicapai
Bagi memenuhi keperluan peraturan, beberapa persijilan telah diperoleh untuk pam air DynaDrive, sama ada bagi tujuan pembuatan, penjualan di peringkat nasional, pematuhan keselamatan pengguna, dan juga eksport ke peringkat global selaras dengan keperluan kastam. Persijilan ini turut membantu mengukuhkan kredibiliti Davey, meningkatkan kepercayaan pengguna, serta memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan semua pihak sentiasa diutamakan.
Ujian SGS: Pam air DynaDrive telah diuji sebagai peralatan kegunaan rumah bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan elektrik. Ujian ini merangkumi penilaian risiko kejutan elektrik, litar pintas, dan kebakaran, di samping mengesahkan bahawa pam elektrik tersebut mempunyai penebatan dan wayar pembumian yang mencukupi.
Piawaian Eropah (European Standards, ES): Sebagai salah satu syarat utama untuk kemasukan import ke pasaran Eropah, pam air DynaDrive telah dihantar untuk pemeriksaan Piawaian Eropah bagi menentukan tahap pematuhan terhadap keperluan keselamatan peralatan rumah.
Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC): IEC merupakan badan piawaian global bagi teknologi elektrik, elektronik dan yang berkaitan. Semua versi pam inverter DynaDrive Davey telah dinilai dan dipastikan mematuhi piawaian antarabangsa ini.
Standards Australia: Pengiktirafan ini menandakan kelulusan keselamatan peralatan elektrik domestik oleh sebuah organisasi bebas, bukan kerajaan, dan tidak berasaskan keuntungan, khusus untuk pam air DynaDrive.
Standards New Zealand: Satu badan pengawalseliaan yang bertanggungjawab menetapkan piawaian kebangsaan. Davey telah memenuhi keperluan ini bagi membolehkan pam air DynaDrive dieksport ke New Zealand dengan jayanya.
ISO 9001: Persijilan ISO 9001 menekankan pengurusan kualiti dan konsistensi dalam proses pembuatan. Ia menjamin bahawa semua produk Davey, termasuk pam air DynaDrive, dihasilkan secara seragam dan berkualiti sepanjang rantaian bekalan.
ISO 14001: Persijilan ISO 14001 mencerminkan komitmen Davey Malaysia dan Davey Water Products terhadap kelestarian alam sekitar. Amalan ini merangkumi pengurusan sisa dalaman dan pengeluaran melalui kitar semula, serta penggunaan pencahayaan dan perancangan laluan penghantaran yang mesra alam bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Persijilan Yang Dicapai
Pemacu frekuensi boleh ubah, atau VFD (juga dikenali sebagai inverter drive), adalah pengawal tambahan yang dipasangkan bersama motor pam DynaDrive Davey untuk mengawal kelajuan motor secara automatik. Ia berfungsi melalui pelarasan frekuensi kuasa elektrik, membolehkan pam beroperasi dengan tahap ketepatan yang tinggi. Hasilnya, tekanan air dapat disesuaikan mengikut keperluan sebenar, dan tidak hanya menghasilkan tekanan yang tetap sepanjang masa operasi.
Penjimatan Tenaga: Pam hanya beroperasi pada kelajuan yang diperlukan untuk memenuhi permintaan aliran, menjimatkan penggunaan elektrik yang tidak diperlukan.

Lebih 200 Kitaran Hidup/Motor Setiap Jam: DynaDrive mampu memulakan operasi motor lebih daripada 200 kali sejam, dua kali ganda berbanding kebanyakan pesaing di pasaran.
Kurangkan Kehausan / Start-Stop Lebih Lembut: Pencepatan dan pengurangan kelajuan pam secara perlahan mengurangkan tekanan pada komponen mekanikal, memastikan pam lebih tahan lama dan operasi lebih senyap.
Tahan Voltan Tinggi: Pam ini direka untuk menahan pelbagai voltan tinggi tanpa menjejaskan prestasi, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aplikasi domestik atau komersial.
Dengan teknologi VFD, pam DynaDrive bukan sahaja cekap tenaga dan tahan lama, tetapi juga memberikan prestasi air yang stabil, fleksibel, dan boleh dipercayai dalam pelbagai keadaan penggunaan.
Tetapan Pengawal (Controller) DynaDrive
Pengawal pam automatik boleh digunakan dan mempunyai tahap konfigurasi yang tinggi untuk mengawal serta menetapkan tekanan maksimum mengikut keperluan pengguna. Dilengkapi dengan paparan LED berwarna biru, teknologi elektro ini turut mempunyai sistem penggera bagi memantau keadaan tiada aliran air (no flow).
Sekiranya keadaan tiada aliran berlaku, sistem akan menghentikan operasi pam sepenuhnya sebagai langkah perlindungan keselamatan. Fungsi keselamatan ini dikenali sebagai perlindungan jalan kering (dry running protection), yang bertujuan melindungi impeller dan komponen dalaman lain daripada kerosakan akibat operasi tanpa aliran air.
Melalui ciri perlindungan ini, pam DynaDrive dapat beroperasi dengan lebih selamat, tahan lama, dan boleh dipercayai, sekali gus mengurangkan risiko kerosakan serta kos penyelenggaraan.
Pemasangan Pam Air Inverter DynaDrive di Kediaman
Satu infografik yang dibangunkan oleh jurutera dalaman Davey Malaysia telah mengenal pasti pemboleh ubah penting yang diperlukan bagi memilih dan memasang pam air yang sesuai untuk sesebuah kediaman. Pemboleh ubah ini membantu menentukan spesifikasi pam yang tepat mengikut keperluan penggunaan air di rumah.
Hasil daripada panduan ini, pengguna dapat mengenal pasti versi DynaDrive yang paling sesuai untuk kediaman masing-masing, sekali gus memastikan prestasi pam yang optimum, tekanan air yang konsisten, serta kecekapan tenaga yang lebih baik dalam penggunaan harian.
DD60 dan DD90 yang ditunjukkan dalam imej visual mewakili model pam DynaDrive Davey dengan 5 peringkat dan 6 peringkat masing-masing.
Bergantung kepada jenis dan ketinggian bangunan, pemilihan pam air untuk rumah dua tingkat atau tiga tingkat lazimnya akan mendorong kontraktor elektrik dan/atau pemilik rumah untuk memilih model yang berkapasiti lebih besar, bagi memastikan tekanan dan aliran air yang mencukupi sampai ke semua aras kediaman.
Saiz Inlet 1.25 Inci Untuk Kadar Aliran Kediaman Yang Cekap

Secara asasnya, aspek paling kritikal bagi sesebuah kediaman ialah ketersediaan sumber air yang mencukupi. Pam air DynaDrive keluaran Davey dilengkapi dengan inlet bersaiz 1¼ inci (31.75 mm) bagi membantu meningkatkan kadar aliran apabila air bersih disedut masuk ke dalam pam.
Sekiranya sistem paip kediaman menggunakan saluran 1 inci (25.4 mm), penyambung (connector) boleh dipasang bagi memudahkan pemasangan antara paip sedia ada dan pam penggalak air rumah tanpa menjejaskan keberkesanan operasi.
Padanan yang betul antara saiz inlet dan kapasiti pam air Davey adalah amat penting bagi mengelakkan berlakunya kavitasi, di samping memastikan sistem beroperasi pada kecekapan maksimum sebagai sistem tekanan malar.
Net Positive Suction Head (NPSH): Keupayaan pam elektrik DynaDrive untuk menyedut air sepenuhnya tanpa pembentukan gelembung udara adalah hasil daripada penggunaan saiz inlet yang sesuai seperti dinyatakan.
Selain itu, geseran dalam paip dapat dikurangkan kerana diameter inlet yang lebih besar, sekali gus mengurangkan kehausan komponen serta memaksimumkan kadar aliran air.
Penyedutan kendiri lebih pantas (Faster self-priming): Pembentukan keadaan vakum di dalam saluran paip berlaku dengan lebih cepat apabila inlet pam yang lebih besar menyingkirkan udara dengan cekap sebelum proses priming bermula. Ciri ini turut menyokong fungsi perlindungan jalan kering (dry runnign protection) pada sistem DynaDrive.
Perumah Volut Keluli Tahan Karat (Stainless Steel Volute Casing)
Salah satu komponen utama bagi setiap pam air ialah perumah hadapan, yang juga dikenali sebagai perumah volut. Komponen ini direka untuk membimbing aliran air yang digerakkan oleh impeller ke arah saluran keluar bagi kegunaan akhir. Selain itu, perumah volut berfungsi menukarkan tenaga halaju air yang berputar kepada tenaga tekanan, sekali gus meningkatkan keupayaan tekanan pam air DynaDrive.
Perumah volut DynaDrive diperbuat daripada aloi komposit keluli tahan karat SUS304, yang direka untuk menahan persekitaran yang mencabar, rintangan terhadap karat, serta memberikan kekuatan struktur yang unggul berbanding bahan plastik acuan suntikan. Ini memastikan pam kekal kukuh dan tahan lama untuk penggunaan jangka panjang.
Pengagihan air yang sekata: Bentuk perumah volut direka untuk memastikan aliran air yang seragam ke saluran keluar pam DynaDrive. Panduan aliran yang stabil ini membantu air keluar dengan lebih lancar, sekali gus mengelakkan lonjakan tekanan atau ketidakseimbangan aliran yang boleh merosakkan pam.

Kawalan dan sokongan struktur: Perumah ini menghalang kemasukan serpihan luar, habuk halus, atau bahan pencemar ke dalam pam. Ia bertindak sebagai lapisan perlindungan yang memastikan komponen dalaman berfungsi dengan baik, di samping membantu mengawal haba dan tekanan berlebihan melalui peredaran air di dalam sistem.
Membantu proses priming: Dengan mengarahkan aliran air secara sehala, perumah volut membantu mengekalkan air di dalam pam bagi membolehkan sedutan yang mencukupi berlaku. Ciri ini memudahkan proses priming dan menyokong operasi pam DynaDrive yang lebih selamat dan berkesan.
Badan Peringkat (Stage Bodies) untuk Pendesak (Impeller) & Diffuser

Badan peringkat, juga dikenali sebagai braket perlindungan, berfungsi sebagai bahagian dalaman dan pertengahan pam air yang menempatkan susunan impeller dan diffuser dalam kedudukan tetap. Komponen ini bertanggungjawab mengarahkan aliran air secara berperingkat bagi menghasilkan peningkatan tekanan yang berterusan dan stabil di dalam pam.
Peningkatan tekanan ini berlaku apabila air mengalir dari satu ruang peringkat ke peringkat seterusnya. Proses berperingkat inilah yang membolehkan pam elektrik DynaDrive meningkatkan tekanan air secara konsisten mengikut keperluan sistem bekalan air.
Di dalam pam DynaDrive, terdapat badan peringkat bagi peringkat pertama, peringkat kedua, peringkat tambahan dalaman (bergantung kepada model DynaDrive yang digunakan), serta peringkat akhir, semuanya dipasang mengikut susunan yang teratur. Setiap badan peringkat ini menutup dan melindungi impeller serta diffuser yang berkaitan, memastikan penjajaran yang tepat, operasi yang cekap, dan ketahanan jangka panjang pam.
Reka Bentuk Impeller Keluli Tahan Karat Jenis Tertutup
Pam DynaDrive dilengkapi dengan impeller keluli tahan karat SUS304 yang direka untuk ketahanan dan jangka hayat penggunaan yang panjang. Berbanding impeller plastik, impeller logam ini membolehkan prestasi yang lebih tinggi kerana keupayaannya memutar air pada kelajuan yang lebih tinggi. Ciri ini amat sesuai untuk sistem paip dalaman kediaman bersaiz besar, rumah dengan bilangan paip dan pili air yang banyak, serta aplikasi yang memerlukan tekanan air yang lebih kuat.
Istilah impeller tertutup (closed impeller) merujuk kepada reka bentuk di mana kedua-dua sisi impeller ditutup sepenuhnya. Reka bentuk ini digunakan pada semua varian pam DynaDrive seperti yang dirancang dalam reka bentuk asalnya untuk kegunaan domestik, kerana ia mampu menghasilkan tekanan air yang lebih tinggi berbanding impeller secara terbuka.

Rintangan kakisan: Impeller yang dipasang pada aci pam sentiasa bersentuhan dengan sumber air mentah, termasuk air tempatan yang mungkin mengandungi mineral. Oleh itu, risiko kehausan bukan sahaja berlaku pada bahagian luaran, malah juga pada bahagian dalaman pam DynaDrive. Bagi mengelakkan kerosakan jangka panjang, impeller ini diperbuat daripada aloi logam komposit yang mempunyai rintangan kakisan yang tinggi.
Penyelenggaraan rendah: Keperluan penyelenggaraan pam elektrik DynaDrive adalah minimum kerana reka bentuknya yang dioptimumkan untuk mengendalikan air bersih. Ini mengurangkan risiko sumbatan, sekali gus memastikan operasi pam yang lancar dan boleh dipercayai dalam jangka masa panjang.
Plat Belakang (Backplate) Dengan Meterai Mekanikal Yang Dipasang Kukuh

Plat belakang berfungsi sebagai struktur sokongan utama di bahagian belakang pam air DynaDrive keluaran Davey. Ia berperanan menempatkan meterai mekanikal, klip spring, dan washer dengan kemas, di samping memastikan aliran air daripada impeller diarahkan dengan betul ke saluran pelepasan seperti yang direka.
Perlindungan motor: Salah satu fungsi penting plat belakang ialah bertindak sebagai lapisan perlindungan tambahan terhadap kebocoran air. Ia menghalang air daripada memasuki motor elektrik pam, sekali gus mengelakkan risiko renjatan elektrik, kerosakan pada pam DynaDrive, dan gangguan keselamatan bekalan air.
Sokongan aci (shaft support): Plat belakang juga menyokong aci berputar yang terletak di dalam pam. Sokongan ini memastikan komponen teras tersebut kekal sejajar dan stabil walaupun selepas tempoh penggunaan yang lama, seterusnya menjamin operasi pam yang lancar, selamat, dan tahan lama.
O-Ring Tertutup, Spacer Dan Washer Untuk Pengurangan Geseran
Komponen dalaman pam air DynaDrive Davey disegel dengan O-ring yang kukuh bagi menghalang sebarang kebocoran air. O-ring ini diperbuat daripada EPDM (ethylene propylene diene monomer rubber) dan ditempatkan di dalam perumah volut, serta satu lagi digunakan pada adapter pemacu frekuensi boleh ubah (VFD).
Spacer dipasang bagi mewujudkan jarak yang diperlukan antara komponen dalaman, mengelakkan geseran secara langsung yang boleh menyebabkan kehausan pada pam. Selain itu, spacer memastikan semua bahagian dalaman berada pada kedudukan yang tepat, termasuk aci berputar dan impeller, bagi menjamin operasi pam yang stabil dan selamat.

Washer merupakan komponen dalaman terakhir yang digunakan untuk menyegel sepenuhnya, mengurangkan geseran, dan mengagihkan tekanan secara seragam ke seluruh bahagian pam. Diperbuat daripada polimer, washer juga menyerap bunyi operasi ke dalam bahan hidrokarbon, sekali gus mengurangkan bunyi dan menghasilkan pemasangan yang senyap dan sesuai untuk kegunaan rumah.
Had-Had Operasi Pam Air Inverter Davey DynaDrive
| Model | DD60-10(CE) | DD90-11(CE) |
| Model | DD60-10 | DD90-11 |
| Kadar aliran maksimum @ 300 kPa | 60L / min (16 gelen AS) | 92L / min (24 gelen AS) |
| Kadar aliran maksimum @ 400 kPa | 48L / min (13 gelen AS) | 72L / min (19 gelen AS) |
| Kadar aliran maksimum @ 500 kPa | 32L / min (8 gelen AS) | 35L / min (9 gelen AS) |
| Tekanan maksimum pada sarung | 1,000 kPa (145 psi) | |
| Tekanan tetapan maksimum | 600 kPa (87 psi) | |
| Tekanan mula minimum | 10 kPa (tekanan tolok) (1.5 psi) | |
| Tekanan mula lalai | 50 kPa (7 psi) kurang daripada tekanan tetapan | |
| Tekanan mula maksimum | 20 kPa (3 psi) kurang daripada tekanan tetapan | |
| Julat suhu air operasi | 0 – 80°C (32 – 176ºF) | |
| Julat suhu ambien / udara operasi | 0 – 50°C (32 – 122ºF) | |
| Sifat bendalir | Cecair bersih, jernih, tidak menghakis, tidak mudah terbakar tanpa gentian dan sedikit pasir / silika atau bahan lelasan (kepekatan maksimum 40 g/m3) | |
| Kelulusan yang berkenaan |
| |
| Kelulusan berkenaan (Versi Global) |
| |
| Kelulusan berkenaan (Versi AS) |
| |
*L dalam jadual merujuk kepada Liter.
*Unit kPa merujuk kepada Kilopascal.
*Simbol °C merujuk kepada darjah Celcius.
*UNE adalah singkatan bagi Persatuan Penyeragaman Sepanyol.
*IEC adalah singkatan bagi Suruhanjaya Elektronik Antarabangsa.
*AS/NZS adalah pencapaian Standard Australia / Standard New Zealand.
*Gelen adalah ukuran dari Amerika Syarikat untuk kapasiti cecair.
Jadual Bahan Pembuatan DynaDrive
| Bahagian | Bahan |
| Sarung | Keluli tahan karat 304 |
| Pendesak | Keluli tahan karat 304 |
| Tahap (sarung) | Keluli tahan karat 304 |
| Aci pam | Keluli tahan karat 316 |
| Peranti penentu pusat tahap | Keluli tahan karat 304 |
| Meterai Mekanikal | Karbon / seramik |
| O-ring | Etilena propilena diena monomer (EPDM) |
| Palam | Keluli tahan karat 316 |
| Cangkerang motor dan pendakap tanglung | Aluminium dengan lapisan serbuk poliester dibakar |
| Pemacu motor | Xenoy |
| Penutup kipas / kaki belakang | Polipropilena |
Penyambung VSD | Polipropilena |
| Penyambung tee 5-arah | Keluli tahan karat 304 |
| Penyambung pam ke tee 5-arah | Loyang |
*SUS304 juga dikenali sebagai adaptasi keluli tahan karat 304.
Data Elektrik Pam Sentrifugal DynaDrive
| Model | DD60-10 (CE) | DD90-11 (CE) |
| Voltan | Dianggarkan 220-240V | |
| Kelajuan motor maks | 2,900 rpm | |
| Frekuensi (kuasa masuk) | 50-60 Hz | |
| Kuasa input P1 | 1.1 kW | 1.3 kW |
| Kuasa output P2 | 0.8 kW | 0.9 kW |
| Arus operasi | 7.4 A | 8.6 A |
| Kelas penebat | F | |
| Penarafan IP | 55 | |
*Voltan menggunakan simbol V.
*Pusingan per minit dipendekkan kepada RPM.
*kW ditakrifkan sebagai kilowatt.
*A adalah simbol untuk Ampere.
*Penarafan IP bermaksud penarafan perlindungan kemasukan.
Helaian Data Prestasi Hidraulik DynaDrive
| Model | DD60-10 (CE) | DD90-11 (CE) |
| Inlet (BSP F) | 1.25 “ / 31.75 mm | |
| Saluran keluar (BSP M) | 1” / 25.4 mm | |
| Saluran keluar tangki tekanan (atas) (BSP F) | 1” / 25.4 mm | |
| Tekanan operasi nominal lalai | 400 kPa | |
| Bilangan tahap (pendesak) | 6 | 5 |
| Tekanan pam maksimum | 64m | 56m |
| Tekanan pramuatan tangki lalai (Pilihan tambahan untuk varian CE) | 280 kPa | |
*BSP F merujuk kepada British Standard Pipe Male.
*Simbol “ adalah bersamaan inci.
*Milimeter dipendekkan kepada mm.
*kPa dikenali sebagai kilopascal.
*CE merujuk kepada Conformite Europeenne.
Lengkung Q-H DynaDrive DD60

Kecekapan Pam Dan Lengkung NPSHr DD60

Lengkung Q-H DynaDrive DD90

Kecekapan Pam Dan Lengkung NPSHr DD90

*lpm mewakili liter per minit.
*Lengkung N% menandakan tahap kecekapan.
*NPSHr juga dikenali sebagai Penarafan Kepala Sedutan Positif Bersih (Net Positive Suction Head).
*Qm³/j ialah singkatan bagi meter padu sejam.
Dalam Kotak
Pam Air Inverter Davey DynaDrive
Manual Pengguna
Bukti Pembelian
24 Bulan Waranti Pengeluar (Meningkat 6 Bulan Lagi dengan Skim e-Waranti)
Semua Pam Air Rumah Dalam Pandangan Produk Berkumpulan
Borang Perhubungan